Hari ini saya ingin berkongsi petua untuk baby.. Maklumla, sekarang Iman dah bermacam-macam ragam… Sukar buang air besar la… Selsema la… Setelah mengakses di internet, saya temui petua untuk baby yang mengalami masalah sembelit dan selsema… Jom cekidout~
PETUA UNTUK BABY SELSEMA
- Beberapa tangkai daun sirih tekan dengan jari hingga mengeluarkan lendirnya, kemudian sapukan pada batang hidung baby anda. Cara ini akan melegakan selsema dan pernafasan menjadi mudah.
- Ambil sedikit kunyit hidup, tumbuk sehingga hancur… Then, letak kat batang hidung bayi semasa dia sedang tidur.. (yang ni xmau buat, sebab mesti kuning hidung Iman)
PETUA UNTUK BABY SEMBELIT
- Layurkan beberapa helai daun kunyit di atas api sehingga layu.. Tuamkan di atas perut baby anda.. Insyaallah, beberapa minit kemudian baby anda pasti akan membuang air besar..
Hmmm… Yang petua sembelit tu saya dah cuba .. Memang berkesan… 2 hari Iman tak berak buang air besar, akhirnya begitu banyak yang Iman laburkan hari ini… Tapi, untuk petua selsema saya takut nak cuba … Sebab daun sirih berangin, takut pula Iman tak selesa…
Jadi, jika baby anda sukar buang air besar cubalah petua di atas… Insyaallah berkesan… {petua di atas kata beberapa minit, tapi Iman kena tunggu satu jam baru dia buang air… Tak apalah.. Janji perut Iman dah kosong… Hati pun senang..}
No comments:
Post a Comment