Monday, 25 July 2011

BAJU RAYA IMAN~

Pergh!!! Tengok entry kali ni macam syok je... Padahal dah pening dah nak pikir pasal raya (ewah, puasa tak lagi)...
Hmmm.... Iman dah ada baju kurung.. mummy yang belikan kat online shop.. Thanx to Kak Yanti.. Baju tu sangat2 cantik, muat plak kat badan iman... so cute~


chewah~ iman siap melonjak sebab dapat baju baru.. ish2 iman...
(stokin tetap nak cute je)

hehehe... terpaksa crop gambo mummy yang seksi coz daddy tak pandai ambil gambar..

Hmmm, iman dah ade baju raye.. Mummy ngan daddy belum beli lagi baju kami... Haish~ Pening2..

Saturday, 14 May 2011

TIPS MENJADI IBUBAPA TERBAIK

Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers adalah mudah iaitu:- Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri mereka tidak boleh.


Antara tips yang boleh dikongsikan :

1.Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

2.Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3.Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang. Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran

4.Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian,pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

5.Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan,mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6.Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga. Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali

7.Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8.Dengarlah cerita anak anda. Cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9.Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .

10.Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

11.Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13.Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16.Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

17.Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18.Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.

Thursday, 5 May 2011

IMAN.. IMAN.. IMAN..

IMAN 1st time
Ni lah pic Iman setelah dilahirkan.. Pic ni di ambil semasa di wad, selepas Iman dibersihkan, dimandikan, dan dipakaikan pakaian.. Then, saya mms la gambar ini kepada Pn. Robak Iyah {wan dia la..}
 IMAN 2
Tyme ni Iman dah cukur jambul siap sunat sekali.. Anak mummy ni tahan sakit {bangga kejap}, kejap je nangis time sunat n tindik... Pastu Iman naik buai, terus je senyap..

 IMAN 3
Iman tengah berangan nak tido la tu... Dah nampak sikit muke perempuan dia...
IMAN 4
Aunty Iman {ATIRA} datang, dukung Iman.. Mula2 malu nak cium + dukung... Last2, habis pipi Iman basah kene air liur dia... Atira ni sayang kat Iman.. Mama Atira nak tumbuk Iman {berlakon je}, auty dia backup {mama dia kene pukul la...}... heehehee..

Tuesday, 3 May 2011

Petua Untuk Baby Sembelit Dan Selsema

Hari ini saya ingin berkongsi petua untuk baby.. Maklumla, sekarang Iman dah bermacam-macam ragam… Sukar buang air besar la… Selsema la… Setelah mengakses di internet, saya temui petua untuk baby yang mengalami masalah sembelit dan selsema… Jom cekidout~


PETUA UNTUK BABY SELSEMA

  • Beberapa tangkai daun sirih tekan dengan jari hingga mengeluarkan lendirnya, kemudian sapukan pada batang hidung baby anda. Cara ini akan melegakan selsema dan pernafasan menjadi mudah.

  • Ambil sedikit kunyit hidup, tumbuk sehingga hancur… Then, letak kat batang hidung bayi semasa dia sedang tidur.. (yang ni xmau buat, sebab mesti kuning hidung Iman)


PETUA UNTUK BABY SEMBELIT

  • Layurkan beberapa helai daun kunyit di atas api sehingga layu.. Tuamkan di atas perut baby anda.. Insyaallah, beberapa minit kemudian baby anda pasti akan membuang air  besar..


Hmmm… Yang petua sembelit tu saya dah cuba.. Memang berkesan… 2 hari Iman tak berak buang air besar, akhirnya begitu banyak yang Iman laburkan hari ini… Tapi, untuk petua selsema saya takut nak cuba… Sebab daun sirih berangin, takut pula Iman tak selesa…

Jadi, jika baby anda sukar buang air besar cubalah petua di atas… Insyaallah berkesan… {petua di atas kata beberapa minit, tapi Iman kena tunggu satu jam baru dia buang air… Tak apalah.. Janji perut Iman dah kosong… Hati pun senang..}

ADUHAI ANAKKU



Hari ini Iman selsema... Mungkin berjangkit dengan daddy dia.. Kasihan melihat dia sukar untuk bernafas.. Aku pun sedut hingus dari hidung dia.. Apa lagi, si Iman pun melalak-lalak.. Mungkin marah atau sakit agaknya.. Sekarang dia sedang tidur dengan nyenyak.. Nanti dia bangun akanku sedut lagi hingusnya tu.. Kasihan dia tidur dengan masalah selsema.. Nafasnya memperlihatkan betapa banyaknya kahak di dalam mulutnya.. Mesti dia tak selesa.. Mummy doakan Iman cepat sembuh..

Wednesday, 27 April 2011

SUAMIKU

TERIMA KASIH SUAMIKU
Suamiku,
Hadirnya dirimu,
Membawa sinar kebahagiaan,
Meskipun melalui perkenalan yang singkat,

Suamiku,
Kenangan bersamamu meredah hujan dan panas,
Tak kan pernah ku lupa,
Ku bahagia bersamamu,
Ingin ku selalu bersamamu,
Mengecap segala kegembiraan di dunia.

Suamiku,
Ku tahu kau mahukan seorang cahaya mata,
Zuriat yang menjadi tanda cinta suci kita,
Hari yang dinanti penuh debar,
Ada sesuatu di dalam rahimku.

Suamiku,
Di dalam rahimku ini anakmu,
Anak yang bakal menyinari hidup kita,
Impianku, agar anak kita mewarisi sifatmu yang penyayang,
Dan halus budi pekerti,
Aku ingin anak kita menjadi seperti mu.


Suamiku,
Dari pagi ku menahan sakit,
Namun aku belum lagi nak melahirkan,
Ku ingati pesan mak dan teman-teman,
Pohon kemaafan dan keampunan daripada mu,
insyaAllah, semua akan dipermudahkan.

Suamiku,
Pada 14-04-2011, tepat jam 10.33 malam,
Puteri kita telah selamat kulahirkan,
Kau tersenyum penuh syukur,
Alhamdulillah, terima kasih suamiku,
Terima kasih kerana sentiasa menemaniku sepanjang malam tadi..

Suamiku,
Ku tahu kau terlalu gembira,
Gembira melihat anak kita yang baru dilahirkan,
Masih ku ingat, kau bisikkan terima kasih padaku,
Aku dalam keadaan separuh sedar,
Hanya mampu menahan sakit,
Inginku terus tidur kerana semalaman ku menahan sakit,
Aku tahu kau juga begitu,
Kau tidur tak nyenyak, makan tak berselera,
Kerana risaukan keadaanku.

Suamiku,
Meskipun sakit, meskipun pedih yang teramat,
Dapatku rasakan, betapa nikmatnya saat melahirkan,
Ku gembira melihat wajahmu teruja melihat anak kita,
Terimalah NADRAH NUR IMANINA seadanya...